PKKK/300/UP/001 Proses Persampelan
- Patuhi amalan keselamatan makmal yang baik (GLP) dan rekodkan semua langkah persediaan dalam lembaran kerja rasmi.
- Sebarang ketakakuran atau sampel luar spesifikasi hendaklah disiasat mengikut Arahan Kerja PKKK/300/UP/002.
|
NPRA PUSAT KAWALAN KUALITI |
ARAHAN KERJA: PROSES PERSAMPELAN | |
| No. Dokumen: PKKK/300/UP/001 | Terbitan / Semakan: Terbitan 3 Semakan 0 | |
| Tarikh Kuatkuasa: 10 April 2026 | Bahagian / Unit: SPPK · Unit Penyaringan | |
0.0 SEJARAH PINDAAN & SEMAKAN
Tiada Sejarah semakan
1.0 TUJUAN
Untuk memastikan langkah-langkah yang terlibat dalam proses persampelan yang dijalankan di Unit Penyaringan dijalankan dengan betul dan berkesan.
2.0 SKOP
6.0 PROSEDUR
Cara persampelan adalah berbeza mengikut bentuk dan bilangan sampel yang diterima
Cara persampelan produk (selain produk kosmetik) adalah seperti berikut :
6.1.1.1 Bungkusan Tunggal
6.1.1.2 Bungkusan Pelbagai
Periksa kesemua bungkusan sampel yang diterima. Bungkusan akan dikumpulkan mengikut kesamaan. Semua sampel di dalam satu kumpulan yang sama akan disatukan di dalam bungkusan lain agar lebih ‘homogenize’.
Aerosol
Cara persampelan untuk sampel aerosol adalah sama dengan sampel serbuk.
Kesemua isi kandungan aerosol akan digunakan. Kaedah yang digunapakai adalah dengan menyembur sampel ini ke dalam bekas kaca sebelum pengekstrakan atau pelarutan dijalankan.
Tablet, Kapsul, Pil, Suppositori & Gula-gula
Bungkusan tunggal
Bungkusan Pelbagai
Periksa kesemua bungkusan sampel yang diterima. Bungkusan akan dikumpulkan mengikut kesamaan. Daripada bungkusan yang dipilih, pilih secara rawak bilangan bungkusan berdasarkan ‘square root’ bilangan keseluruhan bungkusan sampel tersebut kepada integer terbesar seterusnya.
Daripada bungkusan yang dipilih, pilih secara rawak bilangan biji sampel berdasarkan ‘square root’ bilangan keseluruhan biji sampel dalam setiap bungkusan tersebut kepada integer terbesar seterusnya.
Contoh:- Sampel yang diterima ialah 1000 kerajang
“square root” 1000 = 32 kerajang
setiap kerajang mempunyai 10 biji kapsul yang sama
“square root” 10 = 4 biji kapsul
Oleh itu:- 4 biji kapsul akan diambil secara rawak dari setiap 32 kerajang.
6.1.3.3 Bagi ujian penentuan kandungan Lovastatin dalam produk tradisional bentuk kapsul menggunakan HPLC, bilangan akhir biji kapsul yang diambil semasa proses persampelan haruslah 20 atau lebih biji kapsul.
Cecair
Bungkusan tunggal
6.1.4.2 Bungkusan pelbagai
Periksa kesemua bungkusan sampel yang diterima. Bungkusan akan dikumpulkan mengikut kesamaan. Daripada bungkusan yang dipilih, pilih secara rawak bilangan bekas/paket berdasarkan ‘square root’ bilangan keseluruhan bekas/paket tersebut kepada integer terbesar seterusnya. Hanya 10 mL cecair sahaja akan diambil daripada setiap bekas/paket.
Bagi sampel yang kurang 10 mL & sampel yang diisi didalam vial kaca, kesemua sampel akan diambil.
Krim
Bungkusan tunggal
Bungkusan pelbagai
Periksa kesemua bungkusan sampel yang diterima. Bungkusan akan dikumpulkan mengikut kesamaan. Daripada bungkusan yang dipilih, pilih secara rawak bilangan bekas/paket berdasarkan ‘square root’ bilangan keseluruhan bekas/paket tersebut kepada integer terbesar seterusnya. Hanya 10% krim sahaja akan diambil daripada setiap bekas/paket.
Plaster / Patch
Bungkusan tunggal
Bungkusan pelbagai
Periksa kesemua bungkusan sampel yang diterima. Bungkusan akan dikumpulkan mengikut kesamaan. Daripada bungkusan yang dipilih, pilih secara rawak bilangan paket berdasarkan ‘square root’ bilangan keseluruhan paket tersebut kepada integer terbesar seterusnya. Hanya 10% daripada jumlah paket sahaja akan diambil daripada setiap bungkusan.
Penyeragaman Sampel
Sampel berbentuk serbuk
Keluarkan sampel dari bungkusan dan masukkan ke dalam plastik. Goncang dan campurkan serbuk dengan menggunakan spatula. Ambil kuantiti yang diperlukan untuk timbangan dengan spatula.
Sampel berbentuk kapsul
Sampel berbentuk tablet, pil, suppositori dan gula-gula
Hancurkan sampel dengan menggunakan ‘mortar dan pestle’. Masukkan dalam bungkusan plastik dan campurkan dengan spatula. Ambil kuantiti yang diperlukan untuk timbangan dengan spatula.
Sampel berbentuk krim dan cecair
Keluarkan sampel dari bungkusan dan masukkan dalam bikar. Kacau dengan rod kaca dan ambil kuantiti yang diperlukan untuk timbangan dengan spatula.
Sampel berbentuk plaster dan patch
Keluarkan sampel dari paket. Guntingkan plaster / patch kepada bentuk yang lebih kecil ke dalam plastik. Goncangkan plastik tersebut dan ambil kuantiti yang diperlukan untuk timbangan dengan spatula.
Cara persampelan produk kosmetik
Cara persampelan produk kosmetik adalah mengikut pembungkusan yang diterima serta berdasarkan arahan penggunaan yang ditetapkan oleh pengilang (ie: kombinasi produk jika berkenaan).
Proses persampelan adalah berdasarkan bilangan sampel dan pembungkusan yang diterima. Terdapat 2 teknik persampelan yang digunakan iaitu:
Representative sampling
Digunakan bagi sampel yang mempunyai nombor kelompok & tarikh luput yang sama dengan ciri fizikal (eg: saiz pembungkusan, warna) yang sama, namun kuantiti sampel yang diterima untuk pengujian adalah kurang daripada 10.
Arbitrary sampling
Digunakan bagi sampel yang mempunyai nombor kelompok & tarikh luput yang sama dengan ciri fizikal (eg: saiz pembungkusan, warna) yang sama, namun kuantiti sampel yang diterima untuk pengujian adalah melebihi 10.
Nota: Bagi sampel dengan nombor kelompok, tarikh luput dan ciri fizikal yang
berbeza, persampelan harus dijalankan secara berasingan.
Nota: Sampel yang diterima dalam pek pembungkusan ampul & vial adalah dikecualikan dari kaedah persampelan dalam jadual di atas (sila rujuk kaedah persampelan ampul & vial pada para 6.2.2)
Nota: Bilangan sampel diambil adalah berdasarkan jadual 6.2.1 (kecuali ampul &
vial)
3.0 DEFINISI
Tiada definisi untuk prosedur ini
4.0 CARTA ALIRAN
Tiada carta aliran untuk prosedur ini.
5.0 TANGGUNGJAWAB
7. REKOD KUALITI
No. Borang Tajuk
UP/001A Borang Persampelan
UP/001B Borang Persampelan Produk Kosmetik
UP/001A 10 Apr-2026
Rujuk Arahan Kerja PKKK/300/UP/001
Rujuk Prosedur Kualiti PKKK/200/018
UP/001B 10 -Apr - 2026
Rujuk Arahan Kerja PKKK/300/UP/001
Rujuk Prosedur Kualiti PKKK/200/018
Jadual Kromatografi & Rujukan Data
| Terbitan | Semakan | Ditulis Oleh | Disemak Oleh | Diluluskan Oleh | Tarikh Kuatkuasa |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 0 | Nurul ‘Izzah Hany Ismail | Tan Lu Yi | Ida Syazrina Ibrahim | 10 April 2026 |
| RUJUKAN | RUJUKAN |
|---|---|
| No. Dokumen | Tajuk |
| PROSES PERSAMPELAN DARI PERSPEKTIF JABATAN KIMIA MALAYSIA | |
| Guideline on representative drug sampling, United Nation Office on Drug and Crime (UNODC) 2009 | |
| European Commission Taxation and Customs Union (laboratory testing sampling for retail packages (https://ec.europa.eu/taxation_customs/dds2/SAMANCTA/EN/SamplingProcedure/ RetailPackages_EN.htm) | |
| PKKK/200/018 | Prosedur Persampelan Untuk Analisis Sampel |
| 5.1 | Ketua Unit/Pegawai Farmasi yang bertanggungjawab | Memastikan arahan kerja ini diikuti semasa melaksanakan proses persampelan. Menyemak borang persampelan. |
|---|---|---|
| 5.2 | Pegawai Farmasi | Mengagihkan sampel kepada penganalisis. Mengisi borang persampelan. Menyelia proses persampelan yang dijalankan oleh penganalisis. Menyemak laporan proses persampelan. |
| 5.3 | Penganalisis | Menjalankan proses persampelan mengikut tatacara yang telah ditetapkan |
| < 10 bungkusan | Ambil isi kandungan semua bungkusan tersebut |
|---|---|
| 10 – 100 bungkusan | Pilih secara rawak 10 bungkusan dan ambil semua isi kandungan bungkusan tersebut |
| >100 bungkusan | Pilih secara rawak bilangan bungkusan berdasarkan ‘square root’ jumlah keseluruhan bungkusan tersebut kepada integer terbesar seterusnya Daripada bungkusan yang dipilih, pilih secara rawak bilangan paket sampel berdasarkan ‘square root’ bilangan keseluruhan paket sampel dalam setiap bungkusan tersebut kepada integer terbesar seterusnya. Contoh: Terima 1000 bungkusan “square root” 1000 = 32 bungkusan setiap bungkusan mempunyai 10 paket serbuk yang sama “square root” 10 = 4 paket Oleh itu: 4 paket akan diambil secara rawak dari setiap 32 bungkusan. |
| 1-50 biji | Ambil 50% kandungan bungkusan tetapi tidak melebihi 20 biji |
|---|---|
| 51-100 biji | Pilih secara rawak 20 biji |
| 101-1000 biji | Pilih secara rawak 30 biji |
| >1000 biji | Pilih secara rawak bilangan biji diambil berdasarkan ‘square root’ jumlah keseluruhan sampel tersebut kepada integer terbesar seterusnya. |
| <10 bungkusan | Ambil 10% isi kandungan setiap semua bungkusan tersebut |
|---|---|
| 10-100 bungkusan | Pilih secara rawak 10 bungkusan dan ambil 10% isi kandungan setiap semua bungkusan tersebut |
| >100 bungkusan | Pilih secara rawak bilangan bungkusan berdasarkan ‘square root’ jumlah keseluruhan bungkusan tersebut kepada integer terbesar seterusnya. Ambil 10% isi kandungan setiap bungkusan tersebut. |
| <10 bungkusan | Ambil 10% daripada jumlah paket dari setiap bungkusan tersebut |
|---|---|
| 10-100 bungkusan | Pilih secara rawak 10 bungkusan dan ambil 10% daripada jumlah paket dari setiap bungkusan tersebut |
| >100 bungkusan | Pilih secara rawak bilangan bungkusan berdasarkan ‘square root’ jumlah keseluruhan bungkusan tersebut kepada integer terbesar seterusnya. Ambil 10% daripada jumlah paket dari setiap bungkusan tersebut |
| Teknik persampelan | Bilangan sampel diterima (N) | Bilangan sampel dianalisa (n) |
|---|---|---|
| Representative sampling | 1 - 10 | 1 |
| 11 - 20 | 3 | |
| 21 - 30 | 4 | |
| 31 - 40 | 5 | |
| 41 - 50 | 6 | |
| > 50 | 7 |
| BENTUK PEMBUNGKUSAN / RUPABENTUK | TEKNIK PERSAMPELAN | Berat/Isipadu (g/mL) | PROSEDUR |
|---|---|---|---|
| BEKAS / SACHET / TIUB / SABUN / GINCU | < 50 | Ambil 0.5 g setiap bekas. Goncang/kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| BEKAS / SACHET / TIUB / SABUN / GINCU | 51 - 100 | Ambil 3 g setiap bekas. Goncang/kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| BEKAS / SACHET / TIUB / SABUN / GINCU | 101 - 500 | Ambil 5 g setiap bekas. Goncang/kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| BEKAS / SACHET / TIUB / SABUN / GINCU | > 501 | Ambil 10 g setiap bekas. Goncang/kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| PAM / SPRAY / DROPPER | < 50 | Goncang selama 10 saat dan tekan/picit beberapa kali (keluarkan udara & sampel). Ambil 0.5 g setiap bekas. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| PAM / SPRAY / DROPPER | 51 - 100 | Goncang selama 10 saat dan tekan/picit beberapa kali (keluarkan udara & sampel). Ambil 3 g setiap bekas. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| PAM / SPRAY / DROPPER | 101 - 500 | Goncang selama 10 saat dan tekan/picit beberapa kali (keluarkan udara & sampel). Ambil 5 g setiap bekas. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| PAM / SPRAY / DROPPER | > 501 | Goncang selama 10 saat dan tekan/picit beberapa kali (keluarkan udara & sampel). Ambil 10 g setiap bekas. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| BENTUK PEMBUNGKUSAN / RUPABENTUK | TEKNIK PERSAMPELAN | AMPUL/VIAL | PROSEDUR |
| Ampul & Vial | 1 - 30 | Ambil 1 ampul/vial. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| Ampul & Vial | 31 - 50 | Ambil 2 ampul/vial. Goncang/Kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| Ampul & Vial | 51 - 80 | Ambil 3 ampul/vial. Goncang/Kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| Ampul & Vial | 81 - 100 | Ambil 4 ampul/vial. Goncang/Kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. | |
| Ampul & Vial | > 100 | Ambil 5 ampul/vial. Goncang/Kacau selama 10 saat. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. |
| SEKSYEN PENGUJIAN PRODUK & KOSMETIK UNIT PENYARINGAN BORANG PERSAMPELAN | SEKSYEN PENGUJIAN PRODUK & KOSMETIK UNIT PENYARINGAN BORANG PERSAMPELAN |
|---|---|
| NO. SAMPEL | |
| BENTUK DOSEJ | |
| BILANGAN SAMPEL DITERIMA |
| PROSES PERSAMPELAN SAMPEL (SAMPLING OF SAMPLE) |
|---|
| Daripada _____ (kotak / bekas / bungkusan / botol / peket / blister / strip) yang mengandungi _____ (kotak kecil / bekas / bungkusan / botol / biji / gram / mL / vial / uncang / peket / blister / strip), ambil _____ (kotak / bekas / bungkusan / botol / peket / biji / gram / mL / vial / uncang / blister / strip). (Guntingkan / Hancurkan / keluarkan isi / goncangkan / kacaukan). Timbang / Sukat _________ gram / mL. Pergi ke langkah 2. Daripada ______ (kotak / bekas / bungkusan / botol / peket / blister / strip) yang telah diambil, ambil ______ (kotak kecil / bekas / bungkusan / botol / biji / gram / mL / vial / uncang / peket / blister / strip) dari setiap (kotak / bekas / bungkusan / botol / peket / blister / strip). (Guntingkan / hancurkan / keluarkan isi / goncangkan / kacaukan) kesemuanya. Timbang / Sukat ________ gram / mL. *Bagi ujian penentuan kandungan Lovastatin, sila pastikan bilangan akhir kapsul yang diambil adalah 20 biji atau lebih. |
| DISEDIAKAN OLEH: |
| DISEMAK OLEH: |
| SEKSYEN PENGUJIAN PRODUK & KOSMETIK UNIT PENYARINGAN BORANG PERSAMPELAN PRODUK KOSMETIK | SEKSYEN PENGUJIAN PRODUK & KOSMETIK UNIT PENYARINGAN BORANG PERSAMPELAN PRODUK KOSMETIK | SEKSYEN PENGUJIAN PRODUK & KOSMETIK UNIT PENYARINGAN BORANG PERSAMPELAN PRODUK KOSMETIK |
|---|---|---|
| NO. SAMPEL | ||
| BENTUK DOSEJ | KRIM / GEL / CECAIR / SABUN / SERBUK / GINCU / UBAT GIGI | KRIM / GEL / CECAIR / SABUN / SERBUK / GINCU / UBAT GIGI |
| BENTUK PEMBUNGKUSAN | BEKAS / SACHET / TIUB / PAM / SPRAY / DROPPER / AMPUL / VIAL | BEKAS / SACHET / TIUB / PAM / SPRAY / DROPPER / AMPUL / VIAL |
| TARIKH SAMPEL DITERIMA | ||
| BILANGAN SAMPEL DITERIMA | ||
| JENIS SAMPEL | Pengawasan Susulan Aduan | Aduan / ADR / CPF Lain-lain |
| Daripada ______ sampel yang diterima, ambil _____ sampel untuk dianalisa. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. |
| Daripada _____ ampul/vial, ambil ____ ampul/vial. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. |
| Jika lebih daripada 11 sampel : Daripada _____ sampel yang diterima, ambil sampel untuk dianalisa. Timbang berat sampel berdasarkan prosedur tatacara pengujian. |
| DISEDIAKAN OLEH & TARIKH: DISEMAK OLEH & TARIKH: |